COMBI


  • Apa itu COMBI

    COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact. Program yang di asaskan oleh World Health Organization (WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.

    COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih.
    Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;

    • -Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy)
    • -Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)
    • -Pengiklanan (Advertising)
    • -Penyampaian Peribadi/Komunikasi Interpersonal
    • -Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)

  • Objektif

    Matlamat COMBI ialah untuk;

    Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
    Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.
    Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.

  • Kumpulan Sasar

    Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:
    Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;

poster