PENGENALAN


Portal iDengue

Sistem iDengue Untuk Komuniti merupakan satu platform untuk menyebarkan maklumat denggi terkini di Malaysia kepada orang awam. Maklumat dalam sistem ini dikemaskini setiap hari.

  • APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH DIPEROLEHI MELALUI PAPARAN iDENGUE ?

  • Lapisan Maklumat Spatial

    Berikut merupakan diantara lapisan maklumat spatial yang dipaparkan dalam iDengue untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pengguna;


    • * Hotspot denggi
    • * Kluster Harian
    • * Status PPA Mingguan (Kes)
    • * Status PPA Mingguan (Wabak)
    • * Stesen COMBI
    • * Maklumat Asas - (Lokaliti, Pusat Kesihatan, Sekolah)
    • * Jumlah Kes Bulanan
  • Apakah peranan pengguna dan orang awam? Bagaimana IDengue dapat membantu?

    1. Pengguna boleh memberikan sebarang maklumbalas dan aduan berkaitan denggi kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya dengan menggunakan borang maklumbalas secara dalam talian melalui Portal iDengue. Segala maklumbalas, cadangan dan aduan daripada pihak pengguna akan disalurkan terus kepada pihak berkenaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Paparan Maklumat Denggi

    1. * Status bilangan kes denggi harian mengikut negeri;
    2. * Jumlah kes terkini mengikut negeri dan daerah;
    3. * Senarai kawasan dalam kawasan wabak aktif;
    4. * Senarai kawasan hotspot;
    5. * Peta wabak denggi dan maklumat-malumat denggi yang berkaitan;
    6. * Hebahan maklumat terkini aktiviti yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk makluman orang awam;
    7. * Maklumat berkaitan COMBI